seismik

[VIDEO] Pemuda Kongsi Cerita Popular Dekat TV3 Dulu Buat Ramai Pula Terasa Diri Tua

Legend betul cerita-cerita ni.

Cover image via @amrkim_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Drama-drama tempatan sentiasa mendapat tempat di hati peminat tidak kiralah daripada siaran apa pun

Pasti ada di antara anda yang sehingga kini masih meminati cerita tersebut walaupun ia sudah lama ditayangkan.

Baru-baru ini seorang pemuda berkongsi di laman TikToknya antara cerita popular di TV3 yang menjadi fenomena suatu ketika dulu menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kongsi antara cerita yang menjadi bualan hangat suatu ketika dulu

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki menunjukkan antara cerita 13 tahun lepas yang mendapat sambutan hangat di TV3.

Antara cerita tersebut adalah Pepaya, Bio-nik dan Misi XX-Ray. Cerita-cerita itu pernah menjadi suatu fenomena yang luar biasa pada zaman itu.

Lelaki itu juga memberitahu jika anda pernah menonton cerita-cerita berkenaan pasti akan membuatkan diri merasa tua.

"Tak sangkanya masa dulu suka layan juga cerita macam ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi sama iaitu merasakan diri mereka sudah tua apabila mengimbau kembali zaman tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 700.3K views, 85.9K likes dan 2,148 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Memang terasa diri tua pula bila tengok balik cerita-cerita ni kan? :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: