seismik

[VIDEO] Tak Sampai Hati Lihat Uncle Ini Melutut Di Jalan, Pemuda Baik Hati Nak Tolong

Kesian tengok uncle tu.

Cover image via @firdausothmann (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Disebabkan Covid-19 yang melanda negara, ramai yang hilang punca pendapatan mereka

Ada yang terpaksa menutup kedai mereka dan ada juga yang diberhentikan kerja. Situasi itu sememangnya amat sukar. Syukur, sedikit demi sedikit eknonomi negara semakin dilihat pulih dan boleh melakukan pelbagai aktiviti harian.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki Cina meminta sedekah di jalan raya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@firdausothmann

Hidup ni tak senang dek. Semoga korang semua bertahan. Di permudah urusan

original sound - Firdausothmann - MarkFirdausothmann

Kesian tengok uncle nak minta duit sampai sanggup melutut di jalan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki Cina sedang berada di sebuah jalan raya sambil meminta sedikit wang dari salah sebuah kereta.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia dilihat sehingga melutut dan menyembah jalan raya itu untuk meminta sedikit wang daripada kereta berkenaan.

Oleh kerana tidak sampai hati melihatnya, lelaki tersebut terus membuka tingkap dan memanggilnya untuk memberikan sedikit wang. 

Walaupun ia tidaklah begitu banyak, tetapi uncle itu kelihatan sangat bersyukur dan berterima kasih kepadanya kerana telah memberikan wang tersebut.

"Abang memang seorang yang baik hati. Respect you!" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan reaksi mereka mengenainya. Malah, ada juga yang memuji keikhlasan lelaki itu memberikan wang.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 97.6K views, 7,854 likes dan 195 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Semoga bro ni sentiasa dimurahkan rezeki :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: